Home ๐ŸŽฌ Bollywood ๐ŸŽต Pakistani ๐ŸŽค English Pop

Jangan Risau

๐Ÿ‘ค Aniq Muhai โ€ข ๐ŸŽผ Jangan Risau โ€ข โฑ๏ธ 2:57
๐ŸŽต 1431 characters
โฑ๏ธ 2:57 duration
๐Ÿ†” ID: 23260318

๐Ÿ“œ Lyrics

Ku mula pening kepala lagi
Fikiran kusut ku kembali
Memikirkan itu dan ini
Masih tak ku jumpa solusi
Duit harta ku tak banyak mana
Jodoh pula tak kunjung tiba
Takut takut tak sempat nikah
Ajal pula datang menjelma
Aku tak tahu apa kan berlaku
Risau dan buntu oh bantu diriku
Ku takut tak mampu hadapi semua itu
Kerna aku tertanya-tanya apa yang ada di hujung cerita
Kau perlu tenang Jangan risau
Senyumlah usah risau
Andainya engkau risau
Yakinlah Tuhan itu ada
Tenang tenang
Melangkah dengan tenang
Tenang kau pasti menang
Yakinlah Tuhan bersamamu
Suara-suara bisikan hadir
Agarku takut dan risau lagi
Ku perlahan-lahan meninggalkan tawa
Bayangan kegagalan menjelma
Sebenarnya ku tak menangis
Kerna sakit yang tak mampu ku tepis
Tapi aku menangis hanya kerana
Ku tak kenali siapa diriku sebenarnya
Kini mentari hilang sinar mengejar dunia
Ku cari erti apa tujuan aku dicipta
Diriku pening
Kepala runsing
Kembali ku sujud
Minta panduan dari yang Maha Esa
Walau diri penat dan kini aku lelah
Berlari mengejar dunia semua fana
Jatuh rebah bangkit semula
Walau apa pun ku cuba
Kau perlu tenang jangan risau
Senyumlah usah risau
Andainya engkau risau
Yakinlah Tuhan itu ada
Tenang tenang
Melangkah dengan tenang
Tenang kau pasti menang
Yakinlah Tuhan bersamamu
Di dalam sebuah pelayaran hidup
Akhirnya ku mula fahami
Ku perlu sangka baik
Pada takdir Ilahi
Tak perlu takut lagi
Pada sesuatu yang masih belum terjadi
Ho-uh-oh oh-oh ho-oh

โญ Rate These Lyrics

โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†
Average: 0.0/5 โ€ข 0 ratings