Home ๐ŸŽฌ Bollywood ๐ŸŽต Pakistani ๐ŸŽค English Pop

Raja Simurgh (feat. Kmy Kmo)

๐Ÿ‘ค Siqma feat. Kmy Kmo โ€ข ๐ŸŽผ Raja Simurgh (feat. Kmy Kmo) - Single โ€ข โฑ๏ธ 3:48
๐ŸŽต 2781 characters
โฑ๏ธ 3:48 duration
๐Ÿ†” ID: 7785779

๐Ÿ“œ Lyrics

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata
Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

Dari mana bunyi itu?
Firasat bukan aku
Jantung ku mula laju
Tubuh ku mula kaku
Jasad ku bergetar
Bernafas dalam lagu
Mereka kata ada rahsia dibalik pintu

Aku berseloka bersidang alas buku
Teman ku hanya pena catit catat dari guru
Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju
Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu

Alam semesta berpusing sempoyongan ku runsing
Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing
Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai
Ku abai si penilai anggap saja mereka murai

Benar kadang cukup buntu mana nak dituju
Yang sini atau situ?
Yang hantu atau aku?
Yang mana satu?
Masih lagi keliru
Hantu atau aku?

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata
Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

Terbuka pintu hati
Nak berjalan ke laman
Mencari nak dipasti yang di setiap halaman
Halakan penghayatan yang kerap kali khayalkan
Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan
Perlu ditafsir mahir
Taksiran isi zahir
Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir
Kenali bayang diri berkepak atau berparuh
Mitosnya dari Parsi jangan disaksi separuh
Separa paras prasaan prasangka
Sebelumnya sangkakala
Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka
Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu
Kerap kedengaran "Hu hu"
Bergema disetiap bucu
Dulu terburu-buru
Mengejar ilmu berbuku-buku
Perlu berguru
Usah sendiri
Nak diselami
Menyelam rasa nikmati rohani
Jasmani yang harmoni
Kurniaan hakiki

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata
Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

Mereka sibuk cemuh
Ku sibuk cari 'Simurgh'
Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh
Ku usung 4 watak dalam mencari Ad-din
Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin

Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua
Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau
Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma
Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau

Siang makin hirang
Malam makin terang
Burung hantu datang yang melihat aku helang
Ku datang menggalang
Bukan datang tuk berperang
Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng

Mulut kacip tersalah kata
Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

โฑ๏ธ Synced Lyrics

[00:10.67] Musang bertongkat dari belukar
[00:13.59] Raja burung bekal seruling
[00:16.11] Rahsia dahan darilah akar
[00:18.70] Macam Ali mahupun ginseng
[00:21.62] Mulut kacip tersalah kata
[00:24.19] Mahu timah atau trapu
[00:26.76] Sama asal lain namanya
[00:29.42] Dalam hati tak siapa tahu
[00:32.23] Dari mana bunyi itu?
[00:34.35] Firasat bukan aku
[00:35.70] Jantung ku mula laju
[00:37.01] Tubuh ku mula kaku
[00:38.34] Jasad ku bergetar
[00:39.41] Bernafas dalam lagu
[00:41.04] Mereka kata ada rahsia dibalik pintu
[00:43.72] Aku berseloka bersidang alas buku
[00:46.47] Teman ku hanya pena catit catat dari guru
[00:49.01] Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju
[00:51.53] Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu
[00:54.32] Alam semesta berpusing sempoyongan ku runsing
[00:57.33] Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing
[01:00.01] Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai
[01:02.64] Ku abai si penilai anggap saja mereka murai
[01:05.39] Benar kadang cukup buntu mana nak dituju
[01:07.80] Yang sini atau situ?
[01:09.28] Yang hantu atau aku?
[01:10.68] Yang mana satu?
[01:11.85] Masih lagi keliru
[01:13.34] Hantu atau aku?
[01:15.19] Musang bertongkat dari belukar
[01:17.44] Raja burung bekal seruling
[01:20.11] Rahsia dahan darilah akar
[01:22.79] Macam Ali mahupun ginseng
[01:25.45] Mulut kacip tersalah kata
[01:28.12] Mahu timah atau trapu
[01:30.72] Sama asal lain namanya
[01:33.44] Dalam hati tak siapa tahu
[01:36.18] Terbuka pintu hati
[01:38.24] Nak berjalan ke laman
[01:39.88] Mencari nak dipasti yang di setiap halaman
[01:42.44] Halakan penghayatan yang kerap kali khayalkan
[01:45.04] Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan
[01:47.99] Perlu ditafsir mahir
[01:49.39] Taksiran isi zahir
[01:50.55] Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir
[01:53.44] Kenali bayang diri berkepak atau berparuh
[01:55.91] Mitosnya dari Parsi jangan disaksi separuh
[01:58.63] Separa paras prasaan prasangka
[02:00.56] Sebelumnya sangkakala
[02:01.55] Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka
[02:04.35] Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu
[02:07.00] Kerap kedengaran "Hu hu"
[02:08.36] Bergema disetiap bucu
[02:09.60] Dulu terburu-buru
[02:11.29] Mengejar ilmu berbuku-buku
[02:12.66] Perlu berguru
[02:13.68] Usah sendiri
[02:14.68] Nak diselami
[02:15.62] Menyelam rasa nikmati rohani
[02:17.52] Jasmani yang harmoni
[02:18.97] Kurniaan hakiki
[02:20.06] Musang bertongkat dari belukar
[02:21.45] Raja burung bekal seruling
[02:24.06] Rahsia dahan darilah akar
[02:26.62] Macam Ali mahupun ginseng
[02:29.36] Mulut kacip tersalah kata
[02:32.08] Mahu timah atau trapu
[02:34.77] Sama asal lain namanya
[02:37.65] Dalam hati tak siapa tahu
[02:40.13] Mereka sibuk cemuh
[02:42.24] Ku sibuk cari 'Simurgh'
[02:43.61] Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh
[02:46.18] Ku usung 4 watak dalam mencari Ad-din
[02:49.04] Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin
[02:51.79] Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua
[02:54.63] Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau
[02:57.28] Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma
[02:59.91] Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau
[03:02.66] Siang makin hirang
[03:03.75] Malam makin terang
[03:05.06] Burung hantu datang yang melihat aku helang
[03:07.62] Ku datang menggalang
[03:09.05] Bukan datang tuk berperang
[03:10.33] Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang
[03:13.32] Musang bertongkat dari belukar
[03:14.94] Raja burung bekal seruling
[03:17.40] Rahsia dahan darilah akar
[03:20.00] Macam Ali mahupun ginseng
[03:22.61] Mulut kacip tersalah kata
[03:25.32] Mahu timah atau trapu
[03:27.93] Sama asal lain namanya
[03:30.59] Dalam hati tak siapa tahu
[03:33.58] Musang bertongkat dari belukar
[03:36.17] Raja burung bekal seruling
[03:38.85] Sama asal lain namanya
[03:41.50] Dalam hati tak siapa tahu
[03:45.23]

โญ Rate These Lyrics

โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†
Average: 0.0/5 โ€ข 0 ratings