Home ๐ŸŽฌ Bollywood ๐ŸŽต Pakistani ๐ŸŽค English Pop

Mahabbah Rasul

๐Ÿ‘ค Islamic Qasidah โ€ข ๐ŸŽผ Mahabbah Rasul โ€ข โฑ๏ธ 12:52
๐ŸŽต 1693 characters
โฑ๏ธ 12:52 duration
๐Ÿ†” ID: 8801182

๐Ÿ“œ Lyrics

ู…ูˆู„ู‰ ุตู„ ูˆุณู„ู… ุฏุงุกู…ุง ุฃุจุฏุง
ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฎู„ู‚ ูƒู„ู‡ู…

Mahabbah Rasul jadi perlumbaan
Bagi sekalian makhluk Tuhan
Tidak kira manusia atau haiwan
Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan

Seekor unta datang berlari lari
Berlutut dan mengucup kaki Nabi
Mengalir air matanya menangisi
Kerana rindu kepada Nabi
Mengadu domba tentang badan sakit
Kerja banyak makannya sedikit

Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj
Batu yg besar tersangatlah berat
Ingin menjadi pengikut yang taat
Lalu timbullah dan jua terangkat
Lantas ditahan oleh malaikat
Maka terapunglah hingga kiamat

Pelepah tamar yang sudah kekeringan
Merintis menangis kerna ditinggalkan
Hingga tangisannya telah didengarkan
Kepada para sahabat yang beriman
Lalu baginda turun menenangkan
Berhentilah menangis berkat usapan

Bukit uhud kuat bergoncang
Kerana gembira Nabi di belakang
Sehinggalah kaki Baginda menendang
Barulah berhenti dari bergoyang
Disaksi oleh Saidina Abu Bakar
Dan bakal shahid Uthman dan Umar

Saidina Thauban kekuningan badan
Sakit kerana asyik memikirkan
Apakah dirinya akan dimasukkan
Ke dalam syurga bersama Rasul junjungan
Kerna baginya jika berasingan
Tiada nikmatnya syurga pilihan

Saidina Jaafar sepupu baginda
Satu badannya penuh terluka
Dalam berperang sambil berpuasa
Shahidlah dia mempertahan Baginda
Dikurnia Allah sayap kepadanya
Berbuka puasa di dalam syurga
Sesudah merasakan pelbagai nikmat
Didalam syurga pun masih teringat
Yang begitu mengasihi ummat

Diizin Allah bersama para malaikat
Ziarah nabi dibumi yang berkat
Ingatlah wahai teman sekalian
Seseorang itu akan dibangkitkan
Bersama siapa yang paling dicintakan
Kami berdoa padamu Allah
Cintakan kami kepada Rasulullah

โญ Rate These Lyrics

โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†โ˜†
Average: 0.0/5 โ€ข 0 ratings