Menu
Categories ActivisimFilm & AnimationComedyGamingHowto & StyleMusicPeople & BlogPets & AnimalsScience & TechnologySports Featured Trending Pakistani Music Indian Music Punjabi Music Bollywood News ARY Digital HUM TV Sign in to see your channels and favorites

Wan Azizah tinggal pesan buat PAS

   KiniTV
   Published: 7 years ago

59,398 Views

Uploaded by KiniTV Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengimbau kenangan pada zaman reformasi apabila PAS ketika itu memberi sokongan kepada Barisan Alternatif.

Menurut anggota parlimen PKR-Permatang Pauh itu, pada zaman PAS dipimpin Allahyarham Datuk Fadzil Noor, parti Islam itu memberi sokongan dan ia membawa hasil apabila pembangkang mendapat undian tinggi pada pilihan raya umum.

"Pada tahun 1999, saya lihat attitude PAS di bawah (pimpinan) arwah Fadzil Noor, (pembangkang) mendapat sokongan selepas beliau (Fadzil Noor) menyokong reformasi.

"Pembangkang pada waktu itu, PAS menyokong kami semua dan mendapat (undian) paling tinggi dalam pilihan raya umum.

"Itu komen saya. Eloklah kita bersama untuk menjatuhkan BN," kata Wan Azizah.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita ketika ditanya mengenai tindakan beberapa PAS kawasan yang membuat usul putus hubungan dengan PKR.

Ahad lalu, PAS Permatang Pauh mencadangkan parti Islam itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui usul yang dibuat di Mesyuarat Tahunan PAS Ke-40 kawasan itu.

Selain Permatang Pauh, usul sama juga dibuat oleh PAS Bayan Baru.

Dilaporkan juga, Pemuda PAS Kuala Selangor serta Tumpat turut meluluskan usul sama untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Keputusan sama ada PAS akan meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kedah April depan.
Show more

Advertisment

Related Videos

Most Viewed

College Football 25 | Official Reveal Trailer

College Football 25 | Official Reveal Tr...

Posted 1 day ago
Views: 1, 708, 380
Billie Eilish - LUNCH (Official Music Video)

Billie Eilish - LUNCH (Official Music Vi...

Posted 1 day ago
Views: 10, 322, 739
The Lancaster Leak: Entity Exam

The Lancaster Leak: Entity Exam

Posted 1 day ago
Views: 971, 696
That

That's Not My Neighbor

Posted 2 days ago
Views: 2, 747, 432
EA Sports College Football Gameplay & Features Revealed!

EA Sports College Football Gameplay & Fe...

Posted 1 day ago
Views: 239, 157